Sarapan Telur Setengah Masak Campur Jus Lemon - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 2 Mei 2018

Sarapan Telur Setengah Masak Campur Jus Lemon

Sarapan Telur Setengah Masak Campur Jus Lemon. Ada apa menu sarapan anda hari ni? Ada yang special tak? Saya tak berapa ada mood pagi ni, tak berapa sihat. Selsema dan batuk. Jalan pantas nak cegah batuk dan selsema berlarutan, minum air suam dengan hirisan lemon. Insyaa Allah, mujarab. Tapi bersin aje yang tak hilang lagi..

Ya, berbalik dengan menu sarapan saya pagi ni.. saya hanya mengambil telur setengah masak dan saya perahkan dengan jus lemon. Hmmm.. apa rasanya. Ada rasa masam laa..

Ada yang bertanya, macam mana nak rebus relur separuh masak dapat betul-betul elok isinya. Maknanya ada cair dan putihnya keras sikit. Kalau ikut saya, bila mendidih aje telur rebus tu.. matikan api dia. Insyaa Allah, cantik telur separuh masak anda tu..

Kalau nak telur masak sepenuhnya.. rebus sekitar 7 minit. Insyaa Allah telur rebus jadi cukup masaknya.

Sarapan Telur Setengah Masak Campur Jus Lemon

Sarapan Telur Setengah Masak Campur Jus Lemon


Telur setengah masak memang mudah nak di makan dan hadam. Nak makan cara bagaimana, suka hati anda. Macam saya.. saya campurkan telur setengah masak saya dengan kicap manis Jalen, lada sulah dan titisan jus lemon. Nak letak banyak atau sikit, terpulanglah.

Jom layan gambar telur separuh masak saya.

Sarapan Telur Setengah Masak Campur Jus Lemon

Rasanya? Rasa lemak telur dan ada manis masin kicap jalen. Saya letak lada sulah dan jus lemon.. memang ngam. Ada masam manis dan pedas. Terbaik!!

Lepas makan memang bertenaga. Wanita walau tak sihat tetap kena masuk dapur walau masak ala kadar untuk anak-anak dan suami.. 😂😂😂

Itulah pengorbanan namanya.

Biar buat pengorbanan untuk yang tersayang asalkan jangan kita yang tak terkorban.. hihi

Baiklah.. selamat berkhidmat untuk keluarga anda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan