Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Sabtu, 12 Mei 2018

Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan

Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan. Kek milo memang jadi kegemaran anak bujang kecil saya, asal nampak dalam buku resepi, cepat-cepat suruh saya memasaknya. Nasib baik bahan-bahan yang diperlukan semuanya ada kat rumah ni. Lagipun, kek milo adalah kek yang menyihatkan. Pasti anak-anak suka dengan kek milo kukus yang saya kongsikan di bawah nanti.

Kek milo kukus menggunakan sukatan cawan memudahkan urusan kita yang dah biasa masak dengan cara tradisi. Boleh juga guna sukatan gram, tetapi anda kena ada penimbang untuk kuih muih.

Oh ya, resepi yang dikongsikan adalah dari sumber blog www.rasadantips.com. Semoga bermanfaat.

Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan
Kek milo kukus sukatan cawan, sumber Google

Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan

(Sumber: Facebook)

Bahan-bahan:-

✦ 1 cawan milo*
✦ 1 cawan gula*
✦ 1 cawan susu pekat manis*
✦ 1 cawan minyak masak*
✦ 1 cawan air panas*
✦ 2 cawan tepung gandum
✦ 1 sudu teh baking powder
✦ 1/2 sudu teh sodabikabonat
✦ 3 biji telur - dipukul kembang

Cara-cara menyediakan kek milo kukus sukatan cawan


1. Masak bahan bertanda * hingga larut. Ketepikan.

2. Masukkan telur kacau sebati.

3. Masukkan bahan kering yàng diayak terlebih dahulu kacau sebati dan kukus hingga masak.

4. Siap untuk dihidangkan


Jika anda nak hias dengan coklat masakan dan coklat rice di atas kek milo kukus tu pun boleh. Kek anda nampak lebih sedap dan budak-budak pasti suka, terutama untuk sambutan harijadi.

Kek milo kukus sukatan cawan ni sangat mudah dan bahan-bahan yang diperlukan pula sentiasa ada di rumah. Boleh juga dibuat untuk sarapan dan minum petang.

Selamat mencuba ya..

Cari resepi KEK?? Cuba tengok di bawah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan