Resepi Smoothies Pisang Dengan Kayu Manis - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 3 Mei 2018

Resepi Smoothies Pisang Dengan Kayu Manis

Smoothies Pisang Dengan Kayu Manis. Smoothie ni asasnya kisar semua bahan dalam satu bekas dan dengan beberapa langkah dah boleh dimakan. Ada orang makan smoothie dengan ais batu dan ada yang makan macam tu je. Bagi saya kalau letak ais sikit, lebih sedap dan segar. Hihi...

Beberapa jenis bahan sering juga ditambahkan dalam smoothie seperti hancuran ais, buah yang disejuk beku, madu, atau sirup. Smoothie bersifat kenyal atau kental seperti milkshake.

Smoothie juga adalah minuman yang bercitarasa manis yang terbuat dari campuran beberapa jenis jus atau pati buah dan pada beberapa jenis smoothie sering ditambahkan juga coklat atau peanut butter, atau oats asas.


Cara Buat Smoothies Pisang Dengan Kayu Manis


Smoothies Pisang Dengan Kayu Manis

Smoothies pisang dengan kayu manis yang siap di kisar. Yummy!!

Smoothies Pisang Dengan Kayu Manis

Cara nak buat smoothie senang aje.

Bahan-bahan:

1 biji buah pisang
1 cawan (240 ml) vanilla almond
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh yogurt berperisa
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu makan serpihan cracker atau oats
1. Kisar semua bahan hingga halus.

2. Letakkan beberapa ketul ais. Kisar sekejap.

3. Siap untuk diminum.

Smoothie bagus untuk anak-anak yang susah nak makan buah-buahan. Dengan adanya campuran bahan yang menarik dan berperisa, anak-anak akan senang dan gemarkan buah.. untuk kesihatan mereka juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan