Resepi Kek Cheese Rose Laici Cikgu Azlina Ina Yang Viral

Advertisement

Random Picks:
Resepi Kek Cheese Rose Laici Cikgu Azlina Ina Yang Viral.. Ini adalah sambungan kepada resepi terdahulu. Resepi kek cikgu Ina memang ada banyak sangat dan semuanya sedap-sedap. Bukan dia yang cakap tetapi feedback yang saya baca dari pelanggan-pelanggannya. Itu semua benar ya!! Bila tengok resepi dan gambar pun dah terliur, apatah lagi bila dapat merasanya. Macam melepaskan geram, makan satu bekas terus habis. Haha.. tetapi ingat benda manis-manis ni makan berpada-pada. Nak resepinya kek kayangan Rose Laici yang viral tu? Ada kat bawah tu saya kongsikan. 
 
Nota: Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok πŸ‘ŒπŸ‘Œ sebab tu guna ejaan singkat pada sesetengah perkataan.. 

Resepi Kek Cheese Leleh Rose Laici Cikgu Azlina Ina

Gambar di ambil dari FB Azlina Ina Fans

Resepi Kek Cheese Leleh Rose Laici Cikgu Azlina Ina


5. RESEPI : Kek Cheese Rose Laici Cikgu Azlina Ina



Menurut cikgu Ina, resepi ini adalah resepi kayangan. Sebab perasa dia yang unik kut..

Bahan-bahan:

5 biji telur gred B
1sb ovalate
1sb perisa rose
1 cawan gula halus
1 sk pewarna pink
mix sampai gebu

ayak kan, 

2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1sk soda bikrbonat
1sk cream tar tar

Masuk dalam bahan yg kite mix gebu td sambil slow kan mixer ya, selang seli dgn minyak jagung 1/2 cawan sampai habis

Kukus 10 minit bekas sq 350/450 api besar,
dah masak tebalik kan..

topping;

500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1 cawan whipping cream
1 cawan susu segar (tgk kepekatan dia kalau pekat sgt tambah susu segar lg kalau cair sgt tambah whipping dairy blend semula)
1sb perisa laici atau cordial laici 
blender sebati

tuang atas kek kita td dan parut cheddar, 
last baru parut kan strawbery block coklat, dan 
siap😊😊

Sejuk kan 3 jam dan boleh dimakan. Rasa mcm aiskrim sedap sangat..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.