Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Nasi Arab Pek Segera Pun Sedap

Lunch Nasi Arab Pek Segera Pun Sedap. Pernah masak nasi arab sendiri? Atau anda lebih suka order je? Sekarang ni ada dah pek segera nasi arab yang dah tersedia bahan-bahan dia. Tinggal kita nak masak dan pakai campak-campak je. Tak risau jadi ke tak jadi!

Setelah memasak 3 kali nasi arab segera, saya tak pernah gagal pun memasaknya. Lagi mudah, pressure cooker saya memang banyak membantu.

Kalau anda guna dapur biasa pun boleh je, kena jaga api dan sentiasa kacau nasi tu supaya tak mentah. Kalau masak asing-asing guna periuk nasi biasa pun boleh. Masak dulu ayam dengan rempah.,bila dah masak.. Kuah ayam tadi digunakan untuk masak nasi arab pula. Gitulah..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Lunch Nasi Arab Segera Pun Sedap


Walau pun nasi arab segera, kesedapan dia hampir sama dengan nasi arab yang kita makan kat restoran arab tu. Betul! Saya dah masak 3 kali dah, dan semuanya menjadi. Walau saya tak la pandai masak masakan yang agak remeh, tetapi nasi arab pek segera ni saya lulus. Hehe..

Lunch Nasi Arab Pek Segera Pun Sedap

Warna dia memang original macam tu. Ayam tu memang sekali jalan saya masak dengan nasi, tapi ada step dia ya sayaangs semua..

Kalau ikut kat bungkusan tu, first masak dulu ayam dengan rempah ratus yang disediakan. So, saya campur ayam + rempah + air secukupnya dalam pressure cooker. Jangan tambah apa-apa lagi, semua bahan dah ada dalam rempah tu. Tunggu hingga ayam masak, lebihh kurang 15 minit.

Lunch Nasi Arab Pek Segera Pun Sedap

Kedua,bila ayam dah masak, buka penutup pressure cooker. Masukkan pula beras yang telah dibasuh dengan minyak yang disertakan. Saya masukkan 3/4 je minyak, kemudian gaul sekejap biar rata semua nasi dengan ayam tu. Tutup pressure cooker, masak pakai menu 'brown rice'. Tunggu 15 minit lagi. 

Lunch Nasi Arab Pek Segera Pun Sedap

Ketiga, siap dah nasi arab segera saya atas jenama Arabest. Memang jadi, sesedap rasa dan lembut je ayam dengan rasa rempahnya.

Ingat ya! Jangan tambah apa-apa lagi, memang semua rasa dah cukup!

Selain itu, sos sambal, atau salad tu kena tambah dan beli sendiri. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close