Resepi Karipap Gulung Sardin Yang Comel Dan Rangup - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sabtu, 24 November 2018

Resepi Karipap Gulung Sardin Yang Comel Dan Rangup

Resepi Karipap Gulung Sardin Yang Comel Dan Rangup. Pernahkah anda makan karipap sardin gulung yang rangup. Saya dulu pelik jugak, tak pernah jumpa. Al maklum karipap sardin gulung ni bukan asal Johor. Bila saya singgah satu warung jual karipap sardin gulung ni, saya pun soal siasat asal usulnya. Kakak yang jual ni asalnya Kelantan. Beliau kata, kat Kelantan dah biasa karipap bentuk gitu. Alahai.. manalah tahu.. kat sini tak pernah jumpa. 

Namanya karipap sardin gulung. Yang buat dia gelembung tu kulit je, inti sardinnya adoo... almaklum sardin kan mahal!!

Jom tengok resepi dan caranya nak buat karipap gulung inti sardin.

Kita layan gambar-gambar karipap sardin gulung ni dulu..



Resepi Karipap Gulung Sardin Yang Comel Dan Rangup


SARDIN GULUNG GORENG
Daripada blog: chequesue


Bahan pastri:

2 cawan tepung
2 sm marjerin sejuk
1/2 sk garam
1/2 cawan air sejuk


Cara membuatnya:


# Marjerin sejuk dipotong kecil2 kemudian dimasukkan ke dalam tepung dan garam.

# Ramas-ramas marjerin sehingga menjadi serbuk roti.

# Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.

# Simpan doh dlm fridge untuk seketika.


Bahan Inti:

1 tin sardin saiz sederhana - asingkan kuah dan ikan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 biji bawang besar - dipotong
3 batang cili padi/merah - dipotong
1/2 biji limau nipis - diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak canola untuk menumis

Cara memasak:

#1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

#2. Masukkan 3 sudu besar kuah sardin, bawang besar dan cili padi. Masak hingga layu.
Hancurkan isi ikan dan gaul bersama bahan tumis tadi. 

#3. Masukkan air limau dan garam gula secukup rasa.
Agak2 air dah kering, boleh tutup api.

#4. Canai doh mcm kita nk buat inti karipap tu. Letak inti sikit kemudian gulung rapat2. Jangan sampai terkeluar inti di hujungnya. Biar bertutup habis. Buat sampai habis, pastu boleh goreng sampai garing.

Selamat mencuba. Karipap sardin gulung ni rangup kulitnya. Bila dikunyah bunyi krap krap.. memang best lah. Kalau buat sekali tak jadi, cuba lagi. Sebab ia mudah saja, macam kita buat karipap biasa cuma beza cara gulung kulitnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Responsive Ads Here