Cara Mudah Nak Buang Biji Lada Kering Untuk Sambal Yang Lebih Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Sabtu, 2 Jun 2018

Cara Mudah Nak Buang Biji Lada Kering Untuk Sambal Yang Lebih Sedap

Cara Mudah Nak Buang Biji Lada Kering Untuk Sambal Yang Lebih Sedap. Ada cara mudah nak buang biji lada kering. Macam biasa cara yang nak saya kongsikan adalah untuk anda buat kepada 1 kg lada kering. Buat banyak sekali, senang nak masak untuk sebulan. Haha..
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk membuang biji cili kering. Anda boleh mencuba cara ini kerana ia berkesan membuang hampir 2kg biji cili daripada 6kg cili kering yang digunakan.

Namun, ia tidak akan buang kesemua biji lada kering sebab kalau dah langsung tak ada biji, sambal anda kurang sedap. Tak caya anda boleh test dua cara tersebut untuk masak sambal. Samada buang semua biji lebih sedap atau sebaliknya. Kalau bagi tekak saya.. ada biji sikit lebih lemak, pedas dan sedap. Makan dengan nasi lemak pulak tu.. hmmm

Cara Mudah Nak Buang Biji Lada Kering Untuk Sambal Yang Lebih Sedap


Jom lihat caranya seperti di bawah ni:

Cara Mudah Nak Buang Biji Lada Kering Untuk Sambal Yang Lebih Sedap
1. Pertama sekali, rebus cili di dalam periuk/kuali sehingga lembut.

2. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting untuk memotong cili tadi. Potong menggunakan gunting adalah mudah kerana ketika ini cili sudah lembut, seperti air sahaja. Ringan.

Cara Mudah Nak Buang Biji Lada Kering Untuk Sambal Yang Lebih Sedap
3. Setelah siap dipotong, tutupkan api dan rehatkan seketika. Waktu ini, akan kelihatan beberapa biji cili kering sudah keluar dari cili tu. 

4. Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

Cara Mudah Nak Buang Biji Lada Kering Untuk Sambal Yang Lebih Sedap

5. Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan dan atas bawah. Anda akan lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sampai selesai.

6. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.


7. Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili yang tinggal tetapi sedikit sahaja. Memang kena ada, jika tidak sambal anda tidak akan rasa pedas nanti.

Tips tambahan: Untuk menghancurkan biji cili kering ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak.- sumber : FORUM CARI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan