Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Dan Cara Buat Kuih Puteri Mandi

Resepi Dan Cara Buat Kuih Puteri Mandi. Dua hari lepas encik suami bawa pulang desert yang dibeli di bazar ramadan. Ada 2 jenis iaitu puteri mandi atau badak berendam dan juga kuih sagu berkuah. Since saya suka dengan rasa puteri mandi dan namanya yang agak unik, maka saya pun cari resepinya. Tak lah susah kalau nak buat sendiri.

Resepi Kuih Puteri Mandi 


Resepi Dan Cara Buat Kuih Puteri Mandi

Bahan-bahan Puteri Mandi/ Badak Berendam:

Tepung Pulut - Setengah paket
Air
Pewarna - Ikut suka nak warna apa
Gula merah - Seketul (dipotong dadu)

Bahan-bahan Kuah:

Santan kotak - 1 kotak kecil
Susu cair - setengah tin
Gula - sesedap rasa
Garam - secubit pun cukup
Daun Pandan
Biji Sagu - 2 sudu (terpulang -tak nak letak pun takpe)

Cara Buat Puteri Mandi 


1) Gaul tepung pulut dengan air sampai jadi doh atau sampai doh tak melekat kat tangan.

2) Bahagi-bahagikan tepung tadi ikut warna yang anda suka. Saya buat merah, hijau dan satu lagi dibiarkan putih.

3) Bulat-bulatkan dan masukkan gula merah yang dah siap dipotong dadu ke dalam tepung. Ketepikan. (Ada orang buat lonjong-lonjong.., leper-leper.., tapi kami tak berapa nak rajin. Bulat-bulat je lah! 

4) Masak santan, susu, gula secukup rasa, sedikit garam. Jangan manis sangat ye sebab dalam tepung tadi dah ada gula merah. Letak daun pandan untuk bagi wangi.

5) Saya suka biji sagu, jadi saya letak dalam kuah sekali..hehe..kuah dah siap? Ketepikan.

6) Masak air dalam periuk, bila dah mendidih, masukkan tepung tadi ke dalam air tu. Sikit-sikit ye, jangan bantai letak semua terus. Bila dah timbul-timbul tu, dah bole angkat dan masukkan ke dalam kuah santan tadi.

7) Siap dah dessert puteri mandi dan boleh dimakan. Jika suka rasanya yang sejuk.. letak dalam peti ais selama 1/2 jam sebelum dimakan.


Siap sudah resepi puteri mandi yang saya kongsikan kali ini. Diharap anda semua boleh cuba resepi dessert yang sedap ni. Kalau tak suka manis sangat, kurangkan gula ya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close