Resepi Ayam Paprik - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Isnin, 4 Jun 2018

Resepi Ayam Paprik

Resepi Ayam Paprik. Saya kongsikan resepi ayam masak paprik yang mudah. Semoga anda yang agak sibuk dan baru belajar masak ayam yang agak ringkas, inilah resepinya. Kalau nak senang makan, pilih je bahagian isi ayam dari bahagian dada, yang kurang tulang. Senang nak bagi makan pada anak-anak kecil..

Resepi ayam paprik asalnya dari Thai dan telah dikomersialkan hingga jadi antara masakan kegemaran orang kita. Rasanya agak segar dan unik sebab ada campuran daun limau purut. Haa.. kalau anda suka pedas, boleh lebihkan cili padi ya..

Resepi Ayam Paprik 


Resepi Ayam Paprik

Bahan-bahan:

- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air


Cara-cara memasak Ayam Paprik yang mudah


1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan

Ayam masak paprik yang mudah dah pun siap untuk hidangan anda sekeluarga. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan