Resepi Ikan Bawal Putih Kukus Istimewa - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 12 Jun 2018

Resepi Ikan Bawal Putih Kukus Istimewa

Resepi Ikan Bawal Putih Kukus Istimewa - Menjaga pemakanan selepas bersalin amatlah penting terutamanya jika kita menyusukan badan. Selain itu wanita yang selepas bersalin juga digalakkan untuk mengambil makanan yang boleh menghangatkan tubuh selain meningkatkan kekuatan sistem dalam badan.

Di bawah ini saya kongsikan menu kukus ikan bawal putih yang sesuai untuk dijadikan lauk untuk wanita dalam pantang. Ikan yang sesuai untuk wanita berpantang adalah ikan yang berdaging putih.

Resepi Ikan Bawal Putih Kukus Istimewa 


Resepi Ikan Kukus Istimewa


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal putih
2 cm halia muda - dihiris nipis dan dipotong memanjang
2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 cawan air asam jawa
Lada hitam Secukupnya - tumbuk halus
Garam secukup rasa

* Selain ikan bawal, Boleh juga menggunakan ikan lain asalkan daripada jenis yang tidak gatal seperti ikan tenggiri atau ikan merah


Cara mmembuatnya:-

1. Cuci bersih ikan dan masukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus
2. Masukkan pula bawang putih, halia, kunyit hidup, air asam jawa, lada hitam dan garam secukupnya.
3. Kukus hingga isi ikan benar-benar masak
4. Angkat dan hidang

Okey siap, mudah kan?

Hidangan di atas sesuai untuk wanita atau ibu2 yang dalam berpantang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan