Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 15 Julai 2018

Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap

Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap. Saya suka makan sup tahu jepun. Bahan-bahan masaknya pun cukup ringkas tapi rasa supnya amat sedap. Kalau dapat makan ketika sedang tak ada mood nak makan yang berat-berat, sudah cukup bagi saya.

Jom saya kongsikan cara masak sup tahu jepun atau orang panggil tahu telur ni. Saya harap anda pun suka macam saya, masak dan makan yang ringkas tetapi menyihatkan.

Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap


Resepi Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap


Bahan-bahan:

2 pek tauhu telur - potong kecil
3 biji telur
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kiub perisa ayam Knorr - opsyenal
Sayur sawi - potong kecil
1 tangkai cili merah - hiris
Garam
Lada putih - tumbuk
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng secukupnya

Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap

Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap


1. Goreng tahu jepun @ tahu telur, balik-balikkan dan angkat.

2. Dengan gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

3. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih, masukkan kiub ayam Knorr.

4. Masukkan sayuran daun sawi dan bila agak lembut, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa. Jangan lupa masukkan daun sup.

5. Akhir sekali pecahkan telur. Jangan kacau. Biar telur sebiji sebiji. Bila telur dah agak masak, matikan api.

5. Kalau nak pedas, taburkan sedikit potongan cili merah di atas sup.

Selamat mencuba. Semoga kita berjumpa pada resepi sedap dan mudah yang lainnya. Tq..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan