Resepi Sambal Udang Sedap Dan Ringkas - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 1 Ogos 2018

Resepi Sambal Udang Sedap Dan Ringkas

Resepi Sambal Udang Sedap Dan Ringkas. Saya share kan resepi sambal udang ringkas untuk rujukan bersama. Baru je habis masak, sebab nanti dalam pukul 7.30 pagi dah nak keluar bekerja. Hari ini keluar awal sebab ada meeting dan boss besar datang di cawangan kami. So, kena standby. Masak tetap masak sebab lebih jimat dan berbaloi jika nak makan berulang-ulang. Haha..

Kalau anda suka masak sambal udang yang warna merah menyala, mudah saja. Tambahkan gula pasir sewaktu memasak. Sambal anda akan berwarna merah dan lebih pekat.

Resepi Sambal Udang Sedap Dan Ringkas


Resepi Sambal Udang Sedap Dan Ringkas

Bahan-bahan:

1/2 kg udang saiz sedang - buang kepala
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili kering - rendam dengan air panas - kisar
2 inci halia - kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara masak udang sambal yang simple


1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan timbul minyak

2. Tambahkan sedikit air jika cili terlalu pekat

3. Masukkan gula, garam dan serbuk perisa jika suka

4. Akhir sekali masukkan udang, masak sekejap aje hingga kulit udang bertukar warna merah.

5. Matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan