Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jamuan Hari Raya Di Pejabat Dengan Laksa Johor Dan Rendang Ayam Cili Padi

Jamuan Hari Raya Makan Santai Dengan Laksa Johor Dan Rendang Ayam Cili Padi. Dah kata orang Johor, tentulah main menu makan santai jamuan hari raya kami bertemakan LAKSA JOHOR. Set lengkap laksa Johor yang kami order lengkap dengan sambal belacan sekali, memang terangkat. Boleh tahan murahnya..

Jamuan Hari Raya Di Pejabat Dengan Laksa Johor Dan Rendang Ayam Cili Padi  

Gambar dari sudut atas menu makan santai kami di pejabat sempena jamuan hari raya. Buat makan secara kecil-kecilan je..

Jamuan Hari Raya Di Pejabat Dengan Laksa Johor Dan Rendang Ayam Cili Padi  

Set lengkap laksa Johor yang memang kena dengan tekak kami yang berbilang bangsa ni..

Jamuan Hari Raya Di Pejabat Dengan Laksa Johor Dan Rendang Ayam Cili Padi

Jamuan Hari Raya Di Pejabat Dengan Laksa Johor Dan Rendang Ayam Cili Padi


Sudah jadi kebiasaan kami akan buat kutipan setiap staff untuk jamuan hari raya setiap tahun. Kalau nak makan sedap, kutip lebih sikit. Hihi..

Setiap dari kami akan makan bersama-sama dan sesiapa yang pandai masak boleh lah ambil bahagian memasak menu tertentu. Memang best!!




Selain rendang cili padi ayam, ada juga kuah kacang, lodeh, sambal goreng pengantin, telur rebus, rendang ayam biasa dan banyak lagi. Hihi..

Jangan kata breakfast, tengahari sampai petang pun kami masih makan dengan santai hinggakan boleh tapaw lagi untuk keluarga di rumah.

Jika ada resepi dari menu di atas ada yang anda nak cuba buat.. boleh je check di bahagian menu blog ini. Insyaa Allah ada resepinya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close