Makan Santai Durian Pelbagai Jenis Di Pejabat Bersama Rakan Sekerja - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 10 Julai 2018

Makan Santai Durian Pelbagai Jenis Di Pejabat Bersama Rakan Sekerja

Makan Santai Durian Di Pejabat Bersama Rakan-Rakan. Nikmat Tuhan mana satukah yang Engkau mahu dustakan?? Nikmatnya makan durian ramai-ramai, macam-macam jenis dan percuma pulak tu.. memang nikmat. Raja buah ni memang terkenal dengan harganya yang mahal. Jadi kalau dapat makan free.. bertambah nikmatnya.

Makan Santai Durian Pelbagai Jenis Di Pejabat Bersama Rakan Sekerja

Ada 2 bakul yang dihantar ke office kami. Cuba tengok gambar-gambar yang disertakan. Dalam cawangan kami cuma ada lebih kurang 11 orang je, so.. mana tak habis kita orang boleh bawak balik beberapa biji seorang.

Makan Santai Durian Pelbagai Jenis Di Pejabat Bersama Rakan Sekerja

Ada yang kata tak elok makan durian banyak-banyak.. nanti kena gout sebab kandungan gula dan kolesterol yang tinggi. Ada pula yang kata bagus untuk kandungan dan awet muda. Haha.. entah mana yang betul.

Makan Santai Durian Di Pejabat Bersama Rakan-Rakan


Actually durian ni dibeli oleh kontraktor kami. Sebagai sebahagian jamuan hari raya.. kita orang menjamu selera dengan durian. Bukan kuih muih taww..


Makan Santai Durian Pelbagai Jenis Di Pejabat Bersama Rakan Sekerja

Gambar bawah.. sebahagian durian yang telah siap dibuka. Ada IOI, ada musang king, ada D24 dan durian kampung yang tebal dan lemak manis isinya.

Makan Santai Durian Pelbagai Jenis Di Pejabat Bersama Rakan Sekerja

Ada juga isi durian yang warna kuning, oren dan cream.. memang sedap!!




Makan santai durian percuma dari rakan kontraktor yang membelanja kami dengan 2 bakul durian. Dengarnya habis RM1000 lebih jugak.. semoga dilimpahkan rezeki kepada mereka yang baik itu..

Kalau suka makan durian.. berhati-hati dan bersederhana lah. Kalau makan berlebihan takut panas badan dan meningkatkan degupan jantung kita yang normal. Cuma.. bersederhanalah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan