Resepi Chicken Butter Lemon Sedap Dan Mudah Buat Pasti Jadi - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 16 September 2018

Resepi Chicken Butter Lemon Sedap Dan Mudah Buat Pasti Jadi

Resepi Chicken Butter Lemon Sedap Dan Mudah. Resepi ni memanglah mudah, sedap dan buat pertama kali terus jadi. Dah lah senang, cepat juga nak siapkan. So, taklah nak tunggu berjam-jam baru siap. Haha..

Pada awalnya saya nak masak ayam goreng kfc je, tapi terjumpa resepi mudah ayam butter lemon kat facebook, terus tukar menu. Bahan nak buat semua ada dalam peti ais, butter dan lemon terutamanya.. so menu pun jadi western sikit. Jom cuba sama-sama resepi ni dengan saya.

Resepi Chicken Butter Lemon Sedap Dan Mudah Buat Pasti Jadi
Ayam butter lemon

Resepi Ayam Butter Lemon Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil
Tepung goreng ayam secukupnya 
2 biji telur - untuk goreng ayam nanti

Bahan Kuah butter lemon:


3 ulas bawang putih - cincang halus
3 tangkai cili padi 
2 inci butter
1 biji lemon - perah ambil jusnya
1 sudu makan susu pekat manis
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya


Cara memasaknya:

1. Goreng ayam dengan tepung goreng serbaguna hingga kekuningan. Caranya, celup ayam dalam tepur, salutkan dengan tepung goreng serbaguna dan goreng hingga masak. Ketepikan.


2. Panaskan butter hingga cair. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar. Masukkan daun kari. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan susu pekat manis, jus peragan lemon dan cili padi. Kacau rata. Jika pekat sangat, tambahkan sedikit air

4. Perisakan dengan garam.

5. Chicken butter lemon siap untuk dihidangkan.

Hasil chicken butter lemon saya
Selamat mencuba ya.

Nota: 

Jika nak kuah lebih, anda boleh tambah sukatan susu pekat manis dan air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan