Ikan kerisi Masak Taucu Sedap Mudah Dan Secukup Rasa - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 25 September 2018

Ikan kerisi Masak Taucu Sedap Mudah Dan Secukup Rasa

Ikan kerisi Masak Taucu Sedap Mudah Dan Secukup Rasa. Siapa yang tak suka dengan ikan kerisi. Sedap digoreng garing dan makan dengan ditemani sayur lemak putih kobis dan sambal totok. Haa.. tak tau sambal totok? Meh baca resepi sambal totok yang saya pernah share dulu. Bila cukup geng menu ni, makan tak toleh kiri kanan. Mentua lalu buat derk je. Haha..

Bagi penggemar ikan kerisi goreng, di bawah ni saya ada share resepinya. Ikan kerisi masak taucu. Sekali cuba pasti nak lagi. Lebih-lebih lagi kena cara memasaknya. 😘😘😘

RESEPI IKAN KERISI MASAK TAUCU

Resipi Asal : K.Nor@SecubitGaram
Ubahsuai : Kisahresepi.com

Ikan kerisi Masak Taucu Sedap Mudah Dan Secukup Rasa
Gambar kredit Google
Bahan-bahan:

4 ekor ikan kerisi
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris
2 sudu besar taucu ~ tumbuk sekejap
2 biji cili hijau ~ dipotong serong
3 biji cili padi ~ diketuk
air asam jawa
air secukupnya
gula
minyak

Cara menyediakannya:

1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.

Ikan kerisi Masak Taucu Sedap Mudah Dan Secukup Rasa

3. Goreng hingga kekuningan dan masukkan taucu.

4. Goreng hingga wangi dan masukkan air dan air asam jawa.

5. Masak hingga mendidih dan masukkan ikan, cili hijau dan cili padi serta sedikit gula.

6. Renihkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Ada yang suka masakan macam ni, kita geng! Ikan kerisi masak taucu adalah masakan nostalgia ketika duduk asrama dulu-dulu. Selalu ada menu ni mesti saya yang ngap dulu. Hehe.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan