Salad Kentang Yang Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Isnin, 10 September 2018

Salad Kentang Yang Sedap

Salad Kentang Yang Sedap. Anda pernah makan salad kentang? Lebih kurang macam orang barat buat tu lah.. kentang di hancurkan bersama daging dan daun pudina. Saya guna je lebihan kentang masa nak masak sup, saya rebus sekejap dan lumatkan.

Nak buat pun mudah je.

Resepi salad kentang ni murah dan kalau ikut bahan disediakan, ianya sangatlah cepat. Boleh dimakan bila-bila masa..


Salad Kentang Yang Sedap


Salad Kentang Yamg Sedap

Bahan-bahan:

2 biji kentang rebus
4 keping daging yang telah digoreng
6 helai daun pudina
1 ulaa bawang merah - dicincang
3 sudu makan dadih
120 gm timun - cincang lumat
Lada sulah dan garam secukup rasa

Cara menyediakan;

1. Ambil daging yang telah digoreng dan dihancurkan bersama kentang rebus

2. Kemudian, masukkan daun pudina, timun, dadih, bawang merah, garam dan lada sulah

3. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan