Daging Korban Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 9 September 2018

Daging Korban Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang. Bercakap pasal daging korban, saya pun ada ceritanya sendiri. Daging ni saya pun tak tahu nak masak apa.. so yang terfikir goreng kunyit je. Saya pun masak semua stok daging korban pemberian sahabat saya, dan niat nak bagi makan kepada kawan-kawan sebilik anak bujang saya di asrama. Tetapi masalahnya.. satu bilik dia ada 2 orang non muslim. Kan daging korban tak boleh bagi makan orang kafir, jadi saya sediakan pula ayam goreng berempah untuk mereka. Semoga gembira hendaknya mereka dapat makan lain sikit dari menu biasa di asrama.. hihi

Daging Korban Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

Daging Korban Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


Bahan-bahan:

1 kilo daging - rebus seketul macam tu dalam rice cooker hingga masak/ lembut
2 biji bawang besar - hiris bulat
3 ulas bawang putih - hiris nipis
6 tangkai kacang panjang - potong panjang
3 tangkai cili padi - hiris
1 batang cili hidup - hiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan daging goreng kunyit dengan kacang panjang


Daging Korban Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

1. Hiris daging yang telah direbus tadi dan gaulkan dengan kunyit dan garam. Perap lebih kurang 30 minit.

2. Panaskan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan daging dan goreng hingga garing. Tambahkan sedikit gula. Gaul rata.

3. Dalam kuali yang sama, ketepikan daging dan tambah sedikit minyak untuk goreng segala bawang, cili dan kacang panjang pula.

4. Akhir sekali perisakan dengan garam. Bila semua bahan dan daging dah lembut, matikan api.

Daging goreng kunyit siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi putih panas pun sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan