Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kupang Masak Sweet Sour Yang Amat Sedap

Kupang Masak Sweet Sour Yang Amat Sedap. Jom kita masak kupang. Haha.. ada ni beli kupang kat Aeon Co tapi tak tahu nak masak apa. Biasa makan kupang sambal (dah buang kulit) dan kupang masak tomyam. Kali ni saya nak cuba yang lain sikit, rasanya masak sweet sour sedap kut.. haha

Ada juga saya beli lauk kupang masak lemak cili api. Sedap jugak. Tak kisah nak masak apa, yang penting kupang kita tu dah siap nanti sedap jadinya.

Kupang Masak Sweet Sour Yang Amat Sedap


Resepi Kupang Masak Sweet Sour


BAHAN-BAHAN:


2 kg kupang
2 biji tomato masak ranum
Sedikit air asam jawa - boleh tambah kalau suka kuah masam
Sedikit air - jika perlu saja

* Boleh ditambah nenas atau cili capsicum


BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT:

2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang


BAHAN-BAHAN SOS
:

3 sudu besar sos tomato
7 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan


CARA MEMASAK :

Kupang Masak Sweet Sour Yang Amat Sedap

1#.  Bersihkan semua kupang dan ditos kemudian serta diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis.

2#. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua kupang dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua kupang masak.

3#. Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri.


Siap dah kupang masak sweet sour atau masam manis kita. Memang mudah lah, main campak-campak je. Sebab semua bahan dah siap ni ha..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close