Sambal Toktok Petai Tumbuk Memang Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Jumaat, 23 November 2018

Sambal Toktok Petai Tumbuk Memang Sedap

Sambal Toktok Petai Tumbuk Memang Sedap. Jika anda belum pernah cuba, bolehlah rasa sekarang. Pedas dan rasa lemak gitu, datang dari rasa petai yang ditumbuk. Saya mula makan dalam 2 minggu lepas bila ada yang buat delivery kat tempat saya. Tapi kena order awal 2 hari jika nak, sebab benda ni semua nak fresh. Baru sedap.

Nanti kat bawah ni saya share resepi sambal toktok petai tumbuk. Kalau blender dah tak sedap. Nanti keluar air dari cili dan bawang tu.. tak berapa best. Boleh juga kalau nak buat, terpulang dengan cara masing-masing. Oh ya, ada yang panggil sambal totok atau sambal getok untuk nama yang sama dengan toktok.

Sambal Toktok Petai Tumbuk Memang Sedap 

Sambal Toktok Petai Tumbuk Memang Sedap

Sambal Toktok Petai Tumbuk Memang Sedap


Bahan-bahan:

• 1 biji bawang merah besar (potong)
• 6-8 biji cili padi (potong sedikit agar ia tidak meletup bila digoreng)
• Segenggam ikan bilis
• Garam dan ajinamoto secukup rasa
• Minyak Untuk Mengoreng
• Petai - hiris kasar

Cara-cara buat sambal totok tumbuk petai


• Panaskan minyak terlebih dahulu.
• Apabila minyak dah panas, masuk bawang, cili padi dan ikan bilis.
• Goreng sehingga bawang layu atau nampak sedikit perang. Angkat dan toskan.
• Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi ke dalam lesung beserta garam dan ajinamoto (tak nak pun takpe kalau dah cukup rasa)
• Tumbuk sehingga lumat (taknak lumat pun tak apa)
• Campurkan petai dan tumbuk sekejap.
• Sambal totok petai tumbuk siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba resepi yang dah viral sekarang ni ya. Sambal totok petai tumbuk memang sedap. Rasanya lemak berkhasiat. Hehe.. petai kan bagus untuk merawat kencing manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Responsive Ads Here