Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata! - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Selasa, 13 November 2018

Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata!

Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata! Macam biasa, sotong memang antara seafood kegemaran saya. Namun sejak akhir-akhir ni mahalnya harga sotong, nak order makan sambal sotong pun fikir banyak kali. Dah lah bila dimasak dia jadi ciput je.. haha

Tapi, selagi ada cara nak makan banyak tapi harga mampu milik, maka masaklah sendiri. Tak payah kira kos upah tukang masak. Tapi jenuhlah.. kita kena masak sendiri. Orang kata kalau nak seribu daya. Tak nak seribu dalih, ya dok.. kihkih

Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata!

Resepi Sotong Goreng Halia Campur Madu 

Jom tengok resepi kat bawah ni, pasti menggiurkan tekak anda. Memang sedap beb..

Bahan A:

1 kg sotong
5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 inci halia (tumbuk lumat)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak

Bahan B:

1 biji bawang besar (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
4 sudu besar madu
1 sudu besar kicap pekat manis
2 biji cili merah
1 biji tomato

Cara Memasak sotong goreng halia campur madu: 


Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata!

1) Gaulkan bahan A (sotong, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam) dan perap selama 10minit.

2) Setelah perap, goreng separuh masak dan ketepikan

3) Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng tadi hingga naik bau

4) Masukkan madu dan kicap

5) Goreng/tumis hingga pecah minyak

6) Masukkan cili merah dan tomato

7) Masukkan sotong yang digoreng tadi

8) Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya

9) Tabur daun bawang

10) Sedia untuk dihidang

Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat. Resepi sotong antara resepi yang mudah disediakan. Tapi tulah.. harga nya agak mahal juga. Tapi jika nak puas makan memang kena masak sendiri. Baru berbaloi.. selamat mencuba!!
.
Sumber resepi: https://www.facebook.com/ResepiMasakanMelayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Responsive Ads Here