Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Mudah Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Tak Berminyak

Resepi Mudah Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Tak Berminyak. Susah ke nak goreng sotong dengan tepung dan hasilnya cantik dan rangup? Siapa pernah cuba buat sotong goreng tepung tapi tak rangup dan berminyak? Hmmm.. caranya mudah je. Saya pun dah buat. Follow resepi di bawah dan anda pasti akan puas hati dengan sotong goreng tepung anda. Hehe..

Resepi Mudah Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Tak Berminyak

Resepi Mudah Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Tak Berminyak


Bahan-bahan:

Sotong isi tebal - secukupnya
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua tepung dan garam. Gaul rata.
2. Pecahkan sebiji telur dan masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Gaul lagi, berketul sedikit tepungnya tidak mengapa.
3. Celupkan sotong ke dalam tepung dan kemudian telur. Selepas itu, celup ke dalam tepung sekali lagi.
4. Goreng di dalam minyak panas dengan api sederhana. Goreng seketika sehingga berwarna keemasan.
5. Siap dihidangkan dengan sos bawang putih. Pasti sedap.

Rahsia sotong goreng tak letup dan tak berminyak?


Gunakan sotong yang mempunyai isi tebal. Bersihkan dan potong bulat. Kemudian dicelur dalam air panas seketika. Tos sehingga airnya betul-betul kering.

Selamat mencuba. Semoga sotong goreng tepung anda jadi seperti yang anda idamkan dan sedap rasanya. Sekali tak jadi, cuba berkali-kali macam saya. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close