Mee Kari Kerang Yang Simple Dan Sedap

Mee Kari Kerang Yang Simple Dan Sedap. Macam dah lama tak buat mee kari. Kalau tak, dulu selalu buat setiap bulan. Tapi disebabkan salah seorang hero kami dah masuk kolej, maka mood makan dan masak banyak-banyak dah kelaut. Hehe.. tapi sebab sekarang ni hero besar kami ada kat rumah balik bercuti, maka tertunailah hajat masak mee kari. Kali ni saya nak masak mee kari kerang, yang mudah sangat nak buat. 

Ni haaa.. layan gambar mee kari kerang dulu ya. Kerangnya tenggelam dalam kuah kari tu.. 


Mee Kari Kerang Yang Simple Dan Sedap


Bahan-bahan:

1/2 kg ayam - potong kecil
1 mangkuk isi kerang
1 kotak santan
1 cawan fishball
2 keping tauhu goreng - potong dadu
1 cawan daun sawi

Bahan Kisar:

2 biji bawang merah besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 cm halia - dikisar
1 bungkus kecil rempah kari Adabi - dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan hiasan:

Mee kuning - dicelur
5 biji telur rebus
Bawang goreng
1 cawan taugeh
Daun sup
Cili hidup - hiris
Limau kasturi

Cara menyediakan mee kari kerang simple dan sedap


1. Nak buat kuah - tumis semua bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik bau

2. Masukkan ayam. Biarkan empuk.

3. Masukkan fishball, kerang, tauhu goreng. Kacau hingga rata

4. Masukkan santan kotak. Biarkan mendidih. Kalau suka kuah cair sikit, tambahkan air.

5. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. jangan lupa masukkan daun sawi yang dah dipotong sederhana. Matikan api.

Mee Kari Kerang Yang Simple Dan Sedap

Kuah Mee kari kerang simple siap untuk dihidangkan.

Di bawah ni bahan-bahan hiasan, ikut suka citarasa.

Mee Kari Kerang Yang Simple Dan Sedap

Bila bahan hiasan dah tersedia, apalagi? Ngaplah.. hihi, selamat mencuba ya. Walau dah banyak resepi mee kari yang saya share, kali ni saya buat guna kerang pula. Sebelum ni saya guna sotong. Dan, yang mana lebih sedap? Pada saya mee kari guna sotong atau udang lebih sedap.

Bye!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.