Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap.  Ikan tenggiri merupakan sejenis dengan ikan tuna, tongkol, makerel dan kembung. Tenggiri banyak disukai orang, dijual dalam bentuk segar, ikan kering, atau diolah menjadi keropok. Bila bab masak lauk, ikan tenggiri sedap dijadikan asam pedas ataupun masak lemak cili api.

Isinya amat lembut dan halus. Jadi, kalau memasak tenggiri, kena masuk last sekali baru isi ikan tenggiri tak hancur. Masak sekejap je..

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap


Bahan-bahan:

1/2 kg ikan tenggiri potong 3
3 batang serai dititik
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 keping asam keping
garam & gula secukupnya

Bahan Kisar:

1 genggam cili api merah
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
5 ulas bawang merah


Cara menyediakan masak lemak cili api: 


1. Bahan-bahan kisar masukkan dalam periuk, panaskan bersama semangkuk air. 

2. Bila telah mendidih, masukkan ikan tenggiri tadi

3. Masukkan juga serai, asam keping, garam dan gula secukupnya

4. Bila ikan telah masak masukkan santan. Kecilkan api, biarkan santan mendidih sekejap.

5. Tutup api, sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. Anda boleh cuba resepi-resepi mudah dan sedap yang ada di blog ini, atau boleh juga lawati blog saya lagi satu, rasadantips.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.