Resepi Asam Pedas Daging, Jom Cuba! - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Isnin, 3 Disember 2018

Resepi Asam Pedas Daging, Jom Cuba!

Resepi Asam Pedas Daging Jom Cuba! - Nak tahu sedap atau tidak asam pedas daging, meh lah cuba resepinya. Memang jarang kita makan asam pedas daging tapi bila sekali dah cuba teringat selalu.. hehe

Sedap juga kalau makan asam pedas hari ni. Asam pedas ikan dah biasa sangat. Apa kata kita cuba masak asam pedas daging pulak, yang saya share resepinya dari majalah RASA.

RESEPI ASAM PEDAS DAGING

Asam pedas daging yang sedap
Asam pedas daging

BAHAN-BAHAN:

600 gram daging lembu
1 batang serai | diketuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah 2
3 tangkai daun kesum
1 sudu teh lada hitam kisar
2 senduk cili kisar
3/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR:

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas

CARA MEMASAKNYA:

1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan daun kesum, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
5. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas).
6. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap.

Mahu lebih banyak resipi? Klik www.rasa.my.. haa.. resepi ni saya share dari website ni lah. Ada banyak resepi menarik dan mudah yang boleh diikuti. Yang penting, pasti jadi resepi yang anda ikut tu.

Nak resepi yang lain?? Boleh juga klik pada menu di atas. Ada pelbagai resepi berasaskan ayam, daging, udang, sotong dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Responsive Ads Here