Resepi Biskut Rangup Cadbury Kesukaan Anak-Anak - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Selasa, 4 Disember 2018

Resepi Biskut Rangup Cadbury Kesukaan Anak-Anak

Resepi Biskut Rangup Cadbury Kesukaan Anak-Anak. Bagus buat biskut Cadbury rangup ni. Budak-budak memang suka lah. Ada cokelat. Rangup lagi.. makan panas-panas bau wangi je. Bila dah sejuk, biskut ni akan rangup. Crunchy sangat.

Jangan risau biskut tak rangup. Jika dilihat pada bahan resepinya ada tepung jagung, tepung beras, nestum dan butter, insyaa Allah ranguplah biskut Cadbury kita tu nanti. Cara nak buat pun senang. Sesiapa pun boleh buat walau baru pertama kali nak mencuba. Yang penting kena ada oven la yaa..

Cadbury Crunchcy Cookies

(Resepi dari FB puan Hafizah Shahi ( dalam Group MAHN)

Resepi Biskut Rangup Cadbury Kesukaan Anak-Anak
Sumber pemilik resepi
Bahan-bahan:

250gm butter(guna pure butter)
3/4 cawan gula halus
1 biji kuning telur
Sedikit vanilla

1. Pukul bahan di atas sampai sebati guna senduk (kalau guna mixer beat low speed dan sekejap je)

2. Masukkan pula 1/4 cawan minyak. Gaul sebati.

3. Masukkan pula bahan-bahan di bawah dan gaul sebati;

4 sudu besar nestum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras (brand apa pun tak kisah)
1 susu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

4. Bila dah sebati, masukkan pula

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan Almond nips
Hirisan Coklat cadbury (ikut suka banyak mana nak letak)

5. Gaul sebati dan simpan dalam fridge untuk 1 jam. Sapu loyang dengan butter. Cubitkan atau sudukan adunan dalam tray.

6. Bakar suhu 180’ celcius, selama 30 minit @ sampai masak..

Nota:
Ketika panas cookies ni memang lembut tapi bila dah sejuk akan jadi crunchy atau rangup.

Resepi Biskut Rangup Cadbury Kesukaan Anak-Anak

Nah! Siap dah biskut Cadbury rangup kita. Ini semua boleh bagi idea kat kita untuk anak-anak yang sedang bercuti ketika ini. Ada iuga kelainan yang boleh diberikan kepada anak-anak. Kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Responsive Ads Here