Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Resepi Kek Chiffon Milo Yang Lembut

Resepi Kek Chiffon Milo Yang Lembut - Kalau sebelum ni saya share cara nak buat kek milo kukus, kini saya nak share kek berasaskan milo jugak iaitu kek milo chiffon. Kek chiffon atau senang panggil kek span memang jadi kegemaran kami sekeluarga. Biasa makan kek span pandan. Kini kita cuba buat kek span milo la ya. 

Resepi kek chiffon milo asalnya dari sumber #mybakingworkshop dan saya share dari blog Zara Baking. Anda pun boleh jenguk blog dia orang yang saya sertakan linknya di bawah.

Resepi Kek Chiffon Milo Yang Lembut

Resepi Kek Chiffon Milo Yang Lembut

sumber : MyBakingWorkshop...
dari blog: Zara Baking 

Resepi Kek Chiffon Milo Yang Lembut

Bahan A :

50 gm serbuk milo
130 gm susu coklat UHT Dutch Lady


Bahan B :

225 gm tepung superfine *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1 sudu besar serbuk koko * (* diayak bersama)
110 gm gula kastor
Secubit garam
6 biji kuning telur gred A/B
130 gm minyak jagung


Bahan C :

6 biji putih telur
120 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara-Cara :


1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. Jangan digris dengan mentega.

2. Panaskan susu coklat dari bahan A sehingga agak suam. Kemudian satukan dengan serbuk milo dan gaul rata.

3. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan-bahan B. Masukkan campuran A tadi, gaul rata menggunakan hand whisk. Ketepikan.

4. Di dalam bekas yang bersih, pukul putih telur dan cream of tartar dari bahan C sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kembang dan bertanduk.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi (langkah 3). Kaupbalikkan dan masukkan lagi baki adunan putih telur. Kaupbalik sehingga sebati. Jangan terlebih gaul.

6. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang chiffon yang telah disediakan. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Bila kek sudah masak, segera terbalikkan dan biarkan sejuk baru dikeluarkan kek dari acuan. Hias ikut citarasa... 

Resepi Kek Chiffon Milo Yang Lembut

Selamat mencuba!

Resepi kek chiffon milo lembut ini amat sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Cara buatnya pun mudah. Tengok video pun boleh juga..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close