Cara Masak Ayam Phat Phet

Cara Masak Ayam Phat Phet - Resepi dari Facebook MAHN yang first time saya tengok dan nampak resepinya. Mungkin anda dah biasa dengan resepi ini tetapi amat janggal bagi saya. So, sebagai rujukan nak masak nanti, saya share kat blog agar lebih ramai dapat masak resepi ayam Phat Phet ni. Agak pelik namanya? Adakah ia masakan dari Kelantan? Mana yang tahu boleh tolong jawabkan ya..

Kata owner resepi ni, bila dah masak ayam phat phet ni.. tak masak dah lauk lain.. Dah ada ayam,  ada petai,  ada kacang panjang, 3 in 1 katakan. Lawan dengan nasi panas-panas.. Habis sepinggan nasi pun tak sedar..

Cara Masak Ayam Phat Phet
Sumber gambar: fizalgk.com

Resepi Ayam Phat Phet


1 ekor ayam - potong kecil, gaul garam, kunyit & goreng 1/2 masak
1 sudu besar lada hitam - tumbuk lumat
4-5 helai daun limau purut
Garam, gula & perasa
Sedikit air asam

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
1 inci halia
Cili api (ikut pedas masing-masing)
4-5 batang serai
1 inci lengkuas

Cara memasak ayam phat phet


1. Tumis bahan kisar hingga wangi & naik minyak.

Cara Masak Ayam Phat Phet

2.  Masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak. Gaul sebati.
3.  Isi 2 gelas air dan masak hingga separuh kering dengan api sederhana, selalu kacau ya.
4.  Isi garam, gula, perasa,  lada hitam yang ditumbuk lumat serta daun limau purut yang di carik-carik.
5.  Masak hingga semua sebati dan secukup rasa.

Cara Masak Ayam Phat Phet
sumber: tiffinbiru.com
Angkat & hidangkan..

Selamat mencuba..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.