Resepi Kek Mentega Oren Yang Sedap

Resepi Kek Mentega Oren Yang Sedap. Kek mentega oren yang akan saya share nanti adalah dalam ukuran gram dan bukan cawan. Biasa saya share guna sukatan cawan, kali ni guna yang ini pulak. Dulu kalau masa mula belajar buat kek mesti timbang betul-betul segala bahan yang diperlukan. Sekarang ni orang dah terbalik, suka guna sukatan cawan. Sebenarnya, buat kek lebih bagus jika guna penimbang bahan kuih muih dalam gram. Sukatan lebih tepat.

Berbalik pada resepi kek oren mentega saya ni, ia juga guna sukatan gram. Selamat mencuba ya!

Resepi Kek Mentega Oren Yang Sedap


Boleh cuba resepi yang dah lama saya simpan dalam file words saya, baru sekarang sempat nak upload kat blog.
  
Resepi Kek Mentega Oren Yang Sedap

Resepi Kek Mentega Oren Yang Sedap

Resepi Kek Mentega Oren Yang Sedap

Bahan-bahan:

Adunan:

125 gram tepung naik sendiri - sebarang brand
125 gram gula aising
181 gram mentega
3 biji telur
15ml air
1/2 sudu kecil pati oren 
20 gram biji popi

Hiasan:

15 gram kepingan badam

Cara menyediakan:


1. Pukul mentega hingga lembut. Masukkan gula aisiing yang telah di ayak dan pukul hingga kembang dan berkrim

2. Masukkan telur dan pati oren dan pukul sehingga rata dan berkrim

3. Masukkan separuh tepung dan gaul sehingga sebati. Masukkan air dan gaul lagi. Masukkan semua tepung dan hingga sebati. 

4. Masukkan biji popi dan gaul sebati

5. Masukkan adunan ke dalam tin (19.5cm x 9cm x 6cm) yang telah dilenser dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Hiaskan dengan hirisan badam.

6. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 30 hingga 35 minit.

Dah siap pun cara menyediakan kek oren mentega yang sedap dan mudah stepnya. Kita jumpa lagi di lain kali.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.