Resepi Ayam Goreng Gajus

Resepi Ayam Goreng Gajus. Selamat melihat resepi-resepi dalam blog Kisahresepi.com ini. Blog ini umpama buku resepi saya dan untuk rujukan sesiapa yang sudi mencuba resepi di dalamnya. Kebanyakan resepi adalah untuk hidangan sekeluarga dan amat mudah dan agak berbaloi dicuba. 

Jika anda ada komen atau penambahbaikan resepi di dalam blog ini, boleh tulis di bahagian komen di bawah setiap entri resepi. Okay👌

Resepi Ayam Goreng Gajus

Jom tengok resepi ayam goreng gajus yang mudah, resepi ala chinese style. 

Resepi Ayam Goreng Gajus


Bahan-bahan:

Bahan A:

600 gram isi ayam (potong dadu)
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:

100 gram kacang gajus goreng
3 tangkai cili kering - dipotong
2 labu bawang besar Holland (dadu kasar)
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji capsicum hijau
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1/4 cawan air
2 sudu makan minyak masak


Cara membuatnya:


1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan

3. Goreng cili kering hingga garing dan ketepikan

4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar Holland.

5. Masukkan capsicum, isi ayam, sos tiram, sos tomato dan sedikit air

6. Biarkan kering dan tutup api

7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata

Sedia dihidangkan.


Selamat mencuba. Nampak sedap, mudah dan murah je kosnya. Boleh dihidangkan ketika raya atau masak lauk tengahari. Sesuai untuk semua keadaan. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.