Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi

Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi. Dah lama saya standby perencah rendang segera sebab anak sulung saya amat suka rendang daging. Tapi disebabkan tak berkesempatan, maka saya hanya beli rendang yang dah siap untuk di bawa pulang ke kolej hari tu. Dia pun tak kisah, maka perencah rendang segera tu menganggur macam tu je la..

Baru sekarang nak buat. Saya gantikan dengan ayam sebab sikecil pula tak suka makan daging. Maka jadilah rendang ayam saya dari perencah rendang segera Adabi. 

Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi

Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi


Rendang Ayam Sedap Dengan Perencah Rendang Segera Adabi



Bahan-bahan;

300 gram ayam atau 8 ketul ayam
1 bungkus (120gm) perencah rendang segera Adabi
800 ml santan = 4 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
Daun limau purut atau daun kunyit secukupnya

Cara memasaknya:


1. Campurkan semua bahan di atas seperti ayam, santan dan perencah rendang segera Adabi. Gaul rata.

2. Biarkan hingga masak dalam api yang kecil. Sesekali kacau rendang anda agar tak melekat. Biar hingga kuah santan kering.

3. Masukkan daun limau purut untuk rasa yang lebih kaw. Gaul rata.

4. Tambahkan garam jika suka. Sebenarnya dalam perencah rendang segera ni dah cukup semua. Tak perlu tambah apa-apa..

Siap rendang ayam segera Adabi anda.


Rasanya? Sama juga macam rendang yang biasa kita buat secara manual.. satu persatu. Cuma rasa lemak dia lebih sikit mungkin saya terlebih santan. Oh ya.. saya guna santan kotak dan bancuhkan dengan air agar santan itu rata dan tak terlalu pekat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.