Koktail Buah Dengan Ais Krim Soda Untuk Berbuka

Koktail Buah Dengan Ais Krim Soda Untuk Berbuka. Sewaktu balik cari kuih muih di bazar ramadhan, anak bujang ajak singgah kedai. Nak cari barang buat air katanya.. kita follow je๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Keluar kedai di borongnya susu cair, laici dalam tin dengan air soda. Saya dah tahu apa dia nak buat sebab kat rumah ada baki koktail dalam tin yang belum habis.


Inilah hasilnya. Memang semua dia yang buat. Waktu ni saya tengah masak kari ayam. Saya mintak tolong dia ambil picture untuk post entri di blog. Redha je lah dengan kerenah ibunya ni.. hehe



Koktail Buah Dengan Ais Krim Soda Untuk Berbuka


Memang ni first time buat. Anak bujang beriya-iya nak buat air untuk berbuka. Kita orang okay je. Sebab dia memang suka buat experiment..


Bahan-bahan:

2 tin susu cair
1/2 tin koktail buah (tin besar)
1 tin laici
1/2 botol air ais krim soda
Ais batu ketul secukupnya

Cara menyediakan:


1. Sediakan balang/ jug yang secukupnya

2. Tuangkan semua bahan-bahan di atas ke dalam balang atau jug besar. Kacaukan.

3. Bila 10 minit nak berbuka, baru masukkan ketulan air batu tadi supaya rasa manisnya tak hilang. Kalau kurang manis boleh masukkan air gula.

Sedia di minum ketika berbuka, segar dan lazat. Memang best!!

Selamat mencuba semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.