Udang Galah Masak Kari Yang Sangat Sedap

Udang Galah Masak Kari Yang Sangat Sedap. Makanan laut yang mahal antaranya adalah udang dan sotong. Lebih mahal bila kita makan di restoran setelah dimasak. Kena redha la ya, dahlah malas masak nak complen pulak.. hehe

Saya kongsikan resepi udang galah masak kari, untuk hidangan keluarga kesayangan anda. Udang galah memang mahal. So, nak beli sekadarnya pun boleh. Beli time gaji pun boleh.. hehe. Saya dapat udang galah hasil pancingan En suami.

Udang Galah Masak Kari Yang Sangat Sedap



Udang Galah Masak Kari Yang Sangat Sedap


Resepinya seperti di bawah. Jom cuba..

Bahan-bahan:

1kg udang galah
2 sudu besar rempah kari (saya guna kari ikan), bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil halba campur
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
Setangkai daun kari
2 biji kentang, potong dadu besar
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 sudu besar bancuhan pati asam jawa
Bahan tumbuk/ kisar halus:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara-cara menyediakannya:


1. Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (saya tidak buang kulit).
2. Panaskan 1/2 senduk minyak. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari, bunga lawang dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau supaya tidak hangus. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.
4. Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.
5. Kemudian masukkan pula udang galah dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

Udang Galah Masak Kari Yang Sangat Sedap

Udang galah masak kari anda siap untuk dihidangkan. Sedapnya makan dengan nasi putih, curah kuah kari lebih. 

Bila masak kari, saya tak buang habis kulit udang galah. Hanya buang kepala atau bahagian tahinya je. Sebab dengan masakan berkuah, udang galah levih sedap masak dengan kulitnya sekali. Sambil makan boleh sedut kuah kari dari celah kulit udang.. hehe

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.