Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Selar Sedap Dan Segar

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Selar Kuning. Kita tengok dan cuba masak lemak cili padi pula, kali ni saya nak share dengan ikan selar kuning pulak. Ada ke yang tak kenal ikan selar kuning. Ada banyak jenis ya, cuma yang saya kenal ikan selar kecil dan besar. Yang kami nak share ni adalah masak lemak cili padi ikan selar kuning yang saiz besar tu.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Selar Sedap Dan Segar

Kalau tak kenal ikan selar, jap lagi saya tunjuk gambar. Hehe.. ikan selar ada banyak jenis, selar papan, ikan selar kuning dan lain-lain. Ikan selar kuning yang kecil sikit sedap dimasak singgang. Umpph!! Memang segar. Biasa dalam pantang bonda saya hidangkan lauk ni la..

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Selar Sedap Dan Segar
Ikan selar
Ikan selar kuning

Dah kenal dengan ikannya, jomlah kita masuk dapur dan masak ikan selar lemak cili padi yang menyengat.. boleh gitu??

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Selar Kuning


Bahan-bahan;

2 ekor ikan selar besar - potong 2 bahagian
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
10 tangkai cili padi hijau dan merah - kisar, kalau nak pedas boleh lebihkan
1 inci kunyit hidup -kisar @ 2 sudu kecil kunyit serbuk
1 batang serai - kisar
1 keping asam keping
1 kotak santan - bancuh dengan air dulu
Garam dan gula secukupnya
1 biji tomato - belah 4, sebagai hiasan

Cara Masak Lemak Cili Padi Ikan Selar Kuning


1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisaran hingga naik bau. Masukkan asam keping. Biarkan seketika.

2. Masukkan ikan selar kuning anda. Kacau rata. Kalau kering, masukkan sedikit air.

3. Masukkan santan kotak yang telah dibancuh terlebih dahulu. Gaul rata dengan ikan tadi. Kecilkan api.

4. Perisakan dengan semua perasa samada gula, garam dan lainnya

5. Masukkan potongan tomato atau nenas sebagai hiasan.

6. Ikan selar kuning masak lemak cili padi siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba semua. Saya tulis selar atau selar kuning tu lebih kurang je, hehe.. selar kuning dia kecil sikit saiznya. Kalau selar papan besar sikit.


Tips;

1. Kenapa perlu bancuh santan dulu dengan air? Supaya santan tidak berketul dan untuk kawal kepekatan santan tersebut. Kalau pekat sangat, tambahkan air dalam bancuhan tersebut.

Orite, good luck guys ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.