Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Kerepek Pisang Nipah Bawang Putih Lebih Lemak Masin

Cara Buat Kerepek Pisang Nipah Bawang Putih Lebih Lemak Masin. Siapa pernah makan kerepek pisang nipah? Kerepek pisang nipah boleh tahan sama sedapnya dengan kerepek pisang tanduk. Tapi pisang tanduk harganya lebih mahal kerana saiznya yang agak besar. Ada yang lebih suka pisang tanduk, ada pula suka pisang nipah dan sebagainya. Kalau ada rezeki lebih, boleh lah beli kerepek pisang tanduk. Terpulang pada citarasa masing-masing. 😊👌

Jangan lupa baca tips buat kerepek pisang nipah bawang putih anda tahan lama, sedap, tak pedar, dan lemak masin disukai ramai hingga makan tak boleh berhenti.

Kerepek Pisang Nipah Bawang Putih Lebih Lemak Masin


Kerepek Pisang Nipah Bawang Putih Lebih Lemak Masin


Bahan-bahan:

● Pisang nipah muda - tapi jangan terlalu mentah, nanti warna tak cantik.
● ½ labu bawang putih dihiris
[jangan tebal atau nipis sangat ya].
● Larutkan sedikit bancuhan air garam - iaitu  5 sudu besar + setengah cawan air panas.
● Minyak untuk menggoreng

Cara Buat Kerepek Pisang Nipah Bawang Putih Lebih Lemak Masin 


1. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas masukkan secawan margerin. Biar margerin cair sepenuhnya.

2. Sagat pisang muda terus ke dalam kuali. Jangan risau tak percik pun minyak ke tangan. Rendahkan saja masa sagat tu.

3. Bila dah penuh kuali masukkan 1 sudu air garam atau percik je 2 @ 3 kali air garam. Agak-agak tau, jangan terlajak masin. Pandai-pandai la adjust yer.

4. Pastikan gaul selalu supaya masak dan masin sekata.

5. Bila hirisan dah agak keras, masukkan 5  hirisan bawang putih ke dalam kuali. Jangan banyak sangat. Nanti kerepek jadi pedar. Awas! Hehe..

Kerepek Pisang Nipah Bawang Putih Lebih Lemak Masin
Gambar hiasan google

Tips:

1. Tujuan masukkan bila dah keras supaya bawang putih tu tidak hangit dan garing elok masa angkat sekali nanti.

2  Bila kerepek dah rangup sepenuhnya. Boleh la angkat semua sekali dan tos minyak.

3. Simpan dalam kedap udara. Tutup penutup tin atau balang bila kerepek pisang dah sejuk.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close