Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kerabu Kaki Ayam Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Kerabu Kaki Ayam Sedap Untuk Berbuka Puasa. Maaf ya saya terliur tengok orang masak kerabu kaki ayam sampaikan saya simpan kat sini resepinya sebagai rujukan bulan puasa nanti. Boleh lah buat sikit-sikit. Selain kerabu kaki ayam, kerabu sotong pun sedap. Hmm..teringat masa bulan puasa mesti tak miss beli kerabu sotong. Tetapi agak mahal la harganya kerana harga sotong pun dah mahal. Apa nak buat, dah faveret kan.. Redha je la..

Seterusnya, kat bawah ni saya bawakan resepi kerabu kaki ayam, bagi yang suka dan boleh makan kaki ayam. Bukan semua orang suka makan. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Sedap Untuk Berbuka Puasa

Buat kerabu kaki ayam ni sama juga dengan kerabu sotong, udang dan sebagainya. Bahan yang lain hiris-hiris macam gambar di bawah. Kecuali sotong, atau bahan utama yang mentah kena rebus dulu lah, bagi masak.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Sedap Untuk Berbuka Puasa


Resepi Kerabu Kaki Ayam Sedap Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan:

12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis - kalau nak pedas lebihkan cili dan tumbuk
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
2 helai daun limau purut - hiris
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
Sedikit sohon, bunga kantan, garam dan gula secukupnya

Cara-cara menyediakan kerabu kaki ayam terbaik:


1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.

2. Sejatkan kaki ayam.

3. Masukkan semua bahan yang sudah dihiris dan lain-lain ke dalam mangkuk. 

4. Gaul rata.

Siap dah kerabu kaki ayam untuk dihidangkan. 

Kerabu ni biasanya kami makan masa dalam bulan ramadan. Sebabnya.. dalam waktu bulan puasa lah segala mak nenek kerabu boleh ditemui. Hehe.. bukan malas nak masak tetapi nak mencari kaki ayam tu agak susah. Kena pergi pasar pagi dan sebagainya. So, yang mudah adalah dengan beli yang dah siap.

Tips:

Nak lebih sedap, buang tulang-tulang kat kaki ayam tu bila dah di rebus.. Baru gaul bahan-bahan..

Kalau tak ada daun limau purut, boleh guna daun ketumbar dan sos ikan.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close