Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak

Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak. Sejak kita semua kena duduk rumah diam-diam dalam sebulan ni, ramai pula yang melayari blog picisan kisah resep ini. Carian terbanyak adalah cara nak buat kuih tradisional. Alhamdulillah.. kita sama-sama belajar masak ya kekawan semua.

Oleh kerana hari ni saya masak sardin dari jenama SARDIN, maka saya ajar masak sardin paling simple bagi mereka yang baru nak belajar memasak. Contohnya pasangan pengantin baru, adik-adik tingkatan 1 yang baru pandai nak tolong ibu di dapur dan sebagainya. 

Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak

Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak

Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak


First sekali, kita sediakan bahan-bahan mentahnya.

1 tin sardin saiz besar
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
10 tangkai cili padi - hiris, kalau tak suka pedas kurangkan jumlahnya
1 keping asam keping
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap lemak manis
Garam secukupnya

Cara Masak Sardin Simple


1. Tumis semua bahan di hiris hingga naik bau.

2. Masukkan kicap manis dan sos cili tadi. Kacau sebentar. Jangan lupa masukkan sekali asam keping untuk hilangkan bau sardin

3. Masukkan sardin dan gaul biar sekata dengan bahan tumisan tadi. Kalau tak suka kuah tomato sardin tu, boleh di buang ya.. ambil isi sahaja.

4. Perisakan. Sardin simple siap untuk dihidangkan.

Ini adalah cara masak sardin bagi orang muda atau remaja yang baru nak tolong ibu di dapur. Semua bahan mudah dikenali dan amat cepat disiapkan.

Kalau dah pandai, lain kali bolehlah pelbagaikan masakan sardin ni. Bukan setakat kosong macam di atas, dah boleh masuk kentang, tomato, suhun dan macam-macam lagi.

Nak masak kari sardin pun boleh.

Okay.. selamat mencuba semua..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.