Cara Buat Roti Sardin Rangup Dan Tidak Berminyak

Cara Buat Roti Sardin Rangup Dan Tidak Berminyak. Dulu saya beli je bila nak makan roti sardin. Bukan malas nak buat sendiri tetapi bila buat asyik berminyak je roti nya. Makan pun tak sedap. Kat tangan berminyak, kat tekak lagi lah teruk.. last-last buat sandwich sardin je. Roti pun tak payah goreng.. 

Tapi, bila dah dapat ilmu dari Google cara nak buat roti sardin yang tak berminyak, maka saya pun cuba membuatnya sendiri. Percubaan pertama kali kurang menjadi, tetapi lepas tu cuba lagi, barulah okay..

Resepi Roti Sardin Rangup Dan Tidak 


Gambar Roti Sardin Rangup Dan Tidak Berminyak

Gambar Roti Sardin Rangup Dan Tidak Berminyak

Bahan-bahan diperlukan:

SAMBAL SARDIN;

20 tangkai cili kering - buang biji
2 biji bawang besar- 1 diblend, 1 lagi dipotong dadu
5 ulas bawang putih & 2 cm halia muda
1 tin sardin/tuna (425g)
1 sudu teh pes asam jawa atau 2 sudu makan air asam jawa
1 bungkus besar/jumbo - roti potong

ADUNAN BATTER/ CELOP;

2 cawan (cwn kopi) tepung gandum
1 cawan tepung beras
sebiji telur gred B (smua gred pun ok)
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit untuk warna
1 2/3 cwn air (lebih kurang)
minyak untuk goreng terendam

Cara menyediakan dan memasak roti sardin rangup:


1. Kisar cili, bawang putih & sebiji bawang besar.

2. Panaskn 1 senduk minyak lalu ditumis hingga pecah minyak & garing.

3. Masukkan sos sardin tu, masak hingga likat. Baru masukkan ikan sardin & bawang besar dadu.

3. Hancur-hancurkan ikan hingga sebati bersama sambal. Seimbangkan asam garamnya. Bubuh sedikit gula.

4. Tambah kiub/ pati ikan bilis untuk tambah sedap rasa sambal sardin

5. Masak hingga kering, kemudian angkat.

6. Campur sebati bahan-bahan untuk batter bersama air hingga jadi sperti batter goreng pisang. Jangan cair sangat., nanti kurang cantik pada roti

7. Panaskn minyak untuk deep fry, kemudian gelek roti bagi lembut. jangan la sampai nipis macam kertas ye..

8. Letak sambal sardin atas roti, ikut suka nak letak banyak mana..

9. Seterusnya gulung/ lipat dua dengan kemas. tindih lah roti yang dah siap digulung tu dengan benda ringan, supaya gulungan tak terbuka.

10. Celup roti dalam batter sampai rata, lalu masukkan dalam minyak panas. Goreng hingga kuning keemasan. Tak perlu lama, bila batter dah garing & rangup, angkat & toskan...

Tips Roti Sardin Tak Berminyak


1. Gelek roti bagi lembut. jangan la sampai pipih macam kertas..

2. Goreng dalam deep fry atau minyak terendam. Bila roti dah nampak garing, angkat dan toskan seketika.

Ok, semoga cara buat roti sardin rangup dan tak berminyak di atas dapat dimanfaatkan kepada anda semua yang sebelum ni ada masalah nak membuatnya.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.