Resepi Nasi Goreng Belacan

Resepi Nasi Goreng Belacan. Nasi goreng belacan, susah ke nak buat. Kalau ada yang alahan dengan belacan, memang tak boleh makan, nanti gatal-gatal macam anak bongsu saya. Lagipun dia memang tak makan belacan, bila satu hari tu buat nasi goreng belacan, gegata satu badan. Haha.. baru tahu mungkin dia tak boleh makan udang yang diproses. Kalau udang segar okay je... macam saya tak boleh makan timun mentah,,nanti angin satu badan. Tapi bila timun masak sayur atau buat pencuk/ salad, boleh pulak makan tu.. hehe

So, kat bawah ni jomlah kita buat nasi goreng belacan yang amat sedap dan mewangi satu rumah. Walau sebenarnya kat rumah ni tak ada stok belacan tapi bila nak masak nasi goreng belacan, kenalah beli 1 keping. Padahal nak guna sikit je. Nak mintak jiran sebelah segan pulak.

Resepi Nasi Goreng Belacan


Gambar Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi semalam
3 ulas bawang kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci belacan - bakar dulu baru kisar
10 tangkai cili padi - kurangkan kalau tak nak pedas
Sedikit ikan bilis - kisar
Sedikit sawi
Minyak untuk menumis
Garam dan perisa, jika suka

Cara penyediaan nasi goreng belacan yang sedap


1. Tumis semua bahan yang dikisar. Hingga naik bau

2. Masukkan nasi perlahan-lahan dan gaul rata.

3. Masukkan garam dan bahan perisa, jika suka.

4. Masukkan sayur sawi dan gaul biar sayur layu.

5. Nasi goreng belacan siap untuk dimakan.

Boleh dihias dengan hirisan timun, keropok ikan, limau kasturi dan salad.

Tips:

1. Tumis bahan kisar hingga betul-betul masak agar nasi goreng tahan lama.

2. Nasi goreng belacan tak perlu masuk telur sebab belacan dan ikan bilis sudah menaikkan rasa lemak pada nasi. Telur dadar boleh ditambah sebagai hiasan.

Selamat mencuba. Sesiapa yang baru nak belajar masak nasi goreng, boleh juga cuba nasi goreng belacan ni. Memang mudah dan sedap!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.