Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika PKP

Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika PKP. Ada makanan yang anda teringin makan semasa tempoh #pkp ini kesan wabak #covid19? Kalau ada apakah makanan yang anda rindu itu? Kalau boleh dan pandai masak, tak mengapa. Masaklah sepuasnya. Makan banyak-banyak. Nanti tamat tempoh PKP badan naik berkilo-kilo jangan marah orang lain, okay 🤭🤭🤭

Saya ada juga makanan yang dirindui iaitu beriani kambing, mee kari dari cafe berdekatan office dan pulut mangga. Biasa kerap order juga lah sebab manalah eden pandai masak nasi beriani dan buat pulut mangga.


Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika PKP


Dalam tempoh PKP/ MCO ni, ada beberapa kali kami order makanan dari luar. Sebab kononnya nak rehat memasak sehari seminggu. Antara yang pernah kami order adalah KFC, McDonald, Nasi goreng USA, Nasi goreng pattaya, Choclate cheese leleh, chicken chop, roti canai dan yang terbaru adalah nasi beriani kambing dan ayam. Haha..

Jom la layan gambarnya je ya..

Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika PKP

Gambar atas beriani kambing dan bawah beriani ayam. Yang makan 3 orang, so kami order 2 set setiap lauk. Mana nak jangka dengan nasi pun dia buat 2 set setiap satu, jadi lah 6 bekas nasi yang kami dapat. Nasi dia punyalah banyak..

Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika PKP

So, untuk menjimatkan, malam pun kami melantak beriani lagi. Makan sampai habis. Tapi lauk dan nasinya memang sedap. Lembut je semuanya. Mudah nak makan..


Untuk semua 6 set beriani tersebut, kita orang bayar RM61 termasuk delivery charges RM3 sahaja.

Alhamdulillah.. kita berbagi rezeki. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Gitulah konsepnya, bila kita membeli barang atau makanan dari peniaga muslim, niatkan sedekah sekali yang terlebih tu..

Okay, semoga anda semua sihat, dan selamat dunia akhirat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close