Cara Buat Kentang Wedges Rangup Tapi Lembut Di Dalamnya

Cara Buat Kentang Wedges Rangup Dan Lembut Di Dalam. Waktu kena #PKP ni, macam-macam saya dah cuba dan nak cuba bab masak memasak. Yang jadi jurinya adalah 2 orang hero tu, siapa lagi si anak dan bapaknya.. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ, tapi juri kena bagi ulasan yang baik-baik je. Kalau tak, chef dah tak nak masak..

Oleh kerana rindu nak makan wedges macam kat KFC tu, maka kita orang google cara-cara nak buat kentang wedges tu. Kalau tak cuba tak tahu jadi atau tidak, kan??

Cara Buat Kentang Wedges Rangup Tapi Lembut Di Dalamnya



Cara Buat Kentang Wedges Rangup Dan Lembut Di Dalam


Sebelum ini saya pernah buat kentang wedges tetapi isinya keras dan tak lembut. Padahal lama dah digoreng atas kuali. Sampai nak hangit kentang wedges homemade saya tu, kali ni kita cuba ikut cara di bawah ni pulak. Harap menjadi ya..

Bahan-bahan:

5 biji kentang - nak lebih pun boleh
1 kiub pati ayam knorr
Tepung goreng serbaguna Bestari
Garam secukupnya
Air untuk merebus
Sedikit lada hitam dan lada sulah

Cara-cara penyediaan kentang wedges rangup dan sedap


1. Kupas kentang dan cuci sehingga bersih. Potong panjang dan sedikit nipis, atau nak potong pendek pun boleh


2. Rebus kentang bersama pati kiub knorr dan sedikit garam sehingga lembut. Kemudian toskan. Rebus dengan sedikit air sahaja.

3. Sediakan tepung goreng bestari. Boleh tambah lada sulah dan lada hitam untuk lebih sedap. Gaulkan dengan kentang dan perap selama 10 minit.

4. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan sekejap.

Cara Buat Kentang Wedges Rangup Tapi Lembut Di Dalamnya

Kentang wedges siap untuk dimakan. Sedap sehingga menjilat jari.

Tips;

1. Kalau nak tahu kentang dah lembut, cucuk dengan garfu. Amat membantu.

Selamat mencuba ya kekawan. Kalau anak-anak suka makan kentang wedges macam kat KFC tu, nilah caranya. Mudah, boleh buat banyak kali dan murah pulak. Sebab kalau beli kat KFC, RM10 pun dapat sikit je. Kalau buat kentang wedges sendiri boleh makan banyak kali. Hehe.. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.