Resepi Tumpi Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kuih Tumpi Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan. Belum hari raya tapi dah nampak orang jual tumpi kat dalam grup niaga kawan-kawan. Tumpi ni memang dah jadik darah daging kami, bonda saya kalau buat tak cukup satu tin besar tu, bertin-tin dia buat. Kenapa buat banyak-banyak? Sebab nanti kita orang akan bungkus dalam bekas masing-masing dan bawak balik rumah sendiri pulak. Hehe.. memang betul orang kata, tumpi ni kalau makan tak cukup sebalang, ia memang melalaikan hingga tak sedar dah habis berbalang-balang. Tumpi pilihan saya tentulah tumpi kacang dal dan baru lah tumpi kacang hijau. Kalau kacang dal rasa rangup lemak gitu.

Ada orang panggil tumpi itu rempeyek dan rempeyek tu tumpi. Kalau bagi saya pulak, rempeyek yang letak kacang tanah tu. Kalau tumpi yang guna kacang dal atau kacang hijau. Ikutlah nak sebut apa tetapi kedua-dua tumpi dan rempeyek memang disukai ramai. 

Resepi Kuih Tumpi Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan

Tumpi gaya bebas yang dileret di tepi kuali, itulah tumpi pilihan saya. Kalau nak buat guna acuan boleh jugak, terpulang pada cara masing-masing.

Resepi Kuih Tumpi Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan


Resepi Kuih Tumpi Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan


Bahan-bahannya:-

500gm tepung beras (kalau boleh tepung beras cap gajah 3 ekor tu..)
5 Cawan santan
2 biji telur
400 gm kacang dal- direndam semalaman atau hingga nampak kembang
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Bahan Kisar/ Tumbuk:

250 gm ikan bilis /  segengam besar udang kering)
2 sudu besar Ketumbar biji
2 sudu besar Jintan manis biji
2 sudu besar Jintan putih biji
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup


Cara membuatnya:-


  1. Campurkan bahan yang telah di kisar/ tumbuk ke dalam tepung beras & kacau sedikit.
  2. Masukan santan, telur, garam dan kacau sehingga tidak bergentel. Biarkan bancuhan secukup rasa. Masukkan kacang dal & kacau rata.
  3. Panaskan minyak kedalam kuali dan serakkan (tuangkan sesenduk) adunan yang telah di isi kacang dal ditepi kuali. (sambil2 tu.. simbah2 sedikit minyak panas pada tumpi yang melekat pada tepi kuali supaya ia cepat kering & tanggal. Bila tumpi dah tertanggal dari tepi kuali... sambunglah goreng lagi sehingga kuning keemasan & cukup garing. Angkat & toskan.)
  4. Bila telah siap simpan tumpi/rempeyek di dalam bekas kedap udara.

Resepi Kuih Tumpi Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kuih Tumpi Yang Rangup Dengan Sukatan Cawan

Kalau buat tumpi, saya tak goreng dua kali sebaliknya teknik goreng 2 kali saya guna bila buat rempeyek kacang tanah. Sebab apa, kacang tanah kan lambat nak rangup. Jadi, goreng kali pertama untuk masak tepung dia, angkat dan toskan dalam dulang. Kemudian goreng kali kedua, untuk masakkan kacang dia pulak. Gitulah rahsia resepi dari bonda saya.

Selamat mencuba kawan-kawan. Semoga jumpa lagi di lain resepi.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.