Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menu Ramadan Hari Ke 18 : Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Dengan Belimbing Buluh

Menu Ramadan Hari Ke 18 : Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Dengan Belimbing Buluh. Pernah ke makan lauk begitu? Ini my first time makan, kuah lemak cili api tu ada rasa masam sikit tapi masih sedap. Kuah agak cair sikit, tak seperti kebiasaan bila masak sendiri. Setiap orang ada cara tersendiri. Betul tak? 

Belimbing buluh ada banyak khasiatnya tau.. Kalau siapa rajin boleh buat sambal hitam daripada belimbing buluh. Dapat makan nasi panas dengan sambal hitam Pahang ni pun dah cukup. 



Dalam gambar kelihatan ikan merah lemak cili api in the house. Cukup la dua ketul je. Sebab yang makan pun tinggal berdua. Beli juga seketul cencaru masak sambal. Hmm.. sambalnya masin pulak. So, kita makan isi dia je..



Ada sate, murtabak daging dan sambal goreng jawa. Semuanya ngam untuk hidangan dua orang. Tetapi kuah kacang untuk sate memang sedap! 


Bila dah beli macam ni, kalau tak habis kita perhangat bagi panas. Boleh buat lauk sahur. Tak la membazir. Cuma kita masak nasi je. 

Hidup bersederhana.. Hati tenang ✌
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close