Resepi Dan Cara Masak Sambal Udang Harimau

Resepi Dan Cara Masak Sambal Udang Harimau. Kita share resepi lagi dalam blog kisahresepi.com ini dan kali ini saya nak kongsi masak sambal udang harimau. Biasa udang galah, kini udang harimau pula. Mahal jugak harga udang harimau sekarang ni. Tak usahlah masak selalu, kita jimat cermat. Rasa teringin baru beli. Sebab kalau beli ayam lagi banyak kali boleh masak, betul tak?

Ada yang tak kenal udang harimau? Jap ya, nanti saya share gambarnya.

Resepi Dan Cara Masak Sambal Udang Harimau

Resepi Dan Cara Masak Sambal Uddang Harimau


Inilah dia udang harimau, gambar atas. Ada saiz besar, ada saiz kecil. Kalau nak masak sambal, saya buang semua kulit udang harimau. Tapi kalau masak kari atau lemak cili api, saya akan tinggalkan sikit kulit dan ekornya. 

Resepi Dan Cara Masak Sambal Udang Harimau


1 kg udang harimau - bersihkan dan buang kulit
1 mangkuk cili kering kisar, (10 tangkai cili kering, 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 batang serai, minyak masak 2 sudu)
1 biji bawang besar - hiasan
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Masak Sambal Udang Harimau


1. Tumis cili kering dan segala bahan kisar bersama hingga naik bau. Biar lama sikit, sampai bahan kisar semua masak. Jangan lupa masukkan asam keping ya..

2. Masukkan udang harimau dan gaul dengan sambal hingga rata. Biarkan seketika.

3. Perisakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan hirisan bawang besar sebagai hiasan. Biarkan layu ya..

4. Kecilkan api, biar sambal seketika hingga keluar minyak

5. Siap untuk dihidangkan.



Resepi Dan Cara Masak Sambal Uddang Harimau

Nak makan dengan apa sambal udang harimau ni? Ala tak kisah. Makan dengan nasi putih boleh, makan dengan roti pun boleh. Yang penting kenyang.  Hehe.. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.