Sup Ayam Ringkas Tapi Sedap

Sup Ayam Ringkas Tapi Sedap. Hari ni nak belanja anda semua cara masak sup ayam yang simple tetapi sedap hingga menghirup sup tu.. hehe, sup ayam yang simple sesuai untuk lauk emergency time berbuka atau bersahur. Itu kalau dalam bulan ramadan la..

Lain orang lain caranya masak sup ayam ni. Ada yang rebus macam tu je, ada yang tumis dulu segala perencahnya. Ada sebab mengapa orang buat cara yang berbeza. Antaranya atas sebab diet. Kalau guna minyak untuk menumis segala perencah dipercayai rasa sup lebih ngam dan sedap. Ada rasa sup la.. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


Sup Ayam Ringkas Tapi Sedap


Jomlah kita mulakan aktiviti hari ni iaitu masak sup ayam cara ringkas tetapi sedap. Makan pula dengan sambal kicap buatan orang Johor.. haha

Sup Ayam Ringkas Tapi Sedap

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1 biji bawang besar - kisar @ tumbuk
2 ulas bawang putih - kisar @ tumbuk
2 inci halia - kisar @ tumbuk
1 bungkus kecil perencah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
2 bungkus sup bunjut (bukan sup tulang tau.. nanti lain rasa)
1 tangkai daun sup
2 biji kentang - belah 4
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan sup ayam yang ringkas


1. Tumis perencah 3 sekawan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar @ tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan sup bunjut. Biarkan mendidih.

3. Lepas tu, masukkan pula ayam. Biar ayam empuk. Bila ayam dah masak, baru masukkan kentang. 

4. Perisakan dengan garam dan serbuk perisa, jika suka.

5. Akhir sekali matikan api. Masukkan daun sup sebagai hiasan.



Tips:

1. Ada orang suka masuk tomato. Boleh juga tetapi ia akan jadi sup ayam ala Thai. Ada rasa masam sikit.

2. Kalau nak masuk lobak merah pun boleh, masuk dalam sup setelah ayam dah masak.

3. Kalau nak masuk bawang goreng pun boleh, tetapi sebaiknya masuk bila nak makan nanti. Sebab kalau masuk semua dalam sup yang banyak tu, sup akan rasa pahit sedikit. 

So, selamat mencuba sup ayam ringkas dari saya ya. Kita cuba mana yang boleh, ada banyak tips saya dah share tadi. Semoga berjaya ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.