Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Di Rumah Dengan Sukatan Cawan

Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Di Rumah. Memang mudah sangat, guna bahan-bahan yang ada di rumah. Lepas tu guna sukatan cawan je, lagilah senang. Nak makan bila-bila masa untuk breakfast pun boleh, nak makan waktu minum petang pun okay. So, nak resepi boleh lah cuba kat bawah ya.

Kalau tak ada kacang tumbuk dengan jagung dalam tin tu, boleh je ganti letak milo. Hehe.. tak susah pun. Atau sapu jem strawberry. Tak pernah cuba? Masa ni lah nak cuba..

Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Di Rumah Dengan Sukatan Cawan

Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Di Rumah Dengan Sukatan Cawan


Sila lihat bahan-bahan nak buat apam balik dari rumah kat bawah ni, rasanya ada ke bahan-bahan tu di dapur anda?? Kalau ada marilah sama-sama kita mencuba.

Bahan- bahan:

Sebiji telur
1 cawan gula
1 cawan air
Satu sudu teh soda bikabonat
Satu sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila- jika suka

Bahan inti:

Jagung Dlm tin
Gula
Kacang tanah (sangai dan kisar jangan bagi hancur sangat)

Cara-cara Penyediaan Apam Balik Di Rumah


1. Pukul telur bersama gula hingga kembang

2. Kemudian masukkan air, pukul seketika dan masukkan soda bikarbonat & baking powder.


3. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Tambah esen vanilla jika suka.

4. Guna non stick pan. Tak payah minyak

5. Lepas angkat boleh sapu apam balik dengan majerin. Hiaskan inti dengan jagung dalam tin, gula ditabur dan kacang tumbuk. Lipat dua. Siap!

Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Di Rumah Dengan Sukatan Cawan

Selamat mencuba. Resepi apam balik yang ringkas boleh je dibuat di rumah dengan guna cawan je. Tak perlu nak sukat dengan gram semua.. siapa pun boleh cuba. Insya Allah, apam balik homemade pasti jadi dan disukai oleh keluarga tersayang. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Credit : Shu Ismail - FB

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.