Video Dan Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming!

Video Dan Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming! Siapalah tak jatuh cinta dengan masakan-masakan simple oleh chef insta kita yang sorang ni iaitu Chef Khairul Aming. Alahaii.. cara dia ajar masak tu kelakar dan sempoi. Kemudian adakala tu pedajal kan kita dengan gaya masak yang campak-campak je, kan? Akhirnya jadi comel je masakan dia. Apahal kalau kita yang buat tak jadi gitu?? Confuse eden..

Kali ni saya nak share air sagu gula melaka style chef Khairul Aming kita. Ada video dia sekali. Korang boleh layan sekali ya, sambil buat sambil stalk dia masak. Mana tahu sebiji jadi macam dia buat.. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming!


Resepi di bawah adalah cara buat air sagu gula melaka yang nampak mengancam, hidangan untuk 2 orang. Kalau nak minum ramai, kena adjist bahan-bahan di bawah ni..

Gambar, Video Dan Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming!

Gambar, Video Dan Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming!


Bahan-bahan:

1 cawan sagu
3 sudu pewarna merah/ sirap
2 helai daun pandan - ikat
2 keping gula melaka
1 sudu gula putih
Air secukupnya
Ais batu ketul
Susu cair secukupnya

Video Cara Buat Air Sagu Gula Melaka


Inilah caranya nak buat air sagu gula melaka style Khairul Aming, chef instagram yang glamer tu. Kadang-kadang lawak juga style dia kan?


Tengok dan tenung sampai pandai, okay ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ. Nanti kalau dah jadi buat sebiji macam dalam video, korang share la kat youtube.. hehe

Cara penyediaaan air sagu gula melaka ala khairul Aming


1. Panaskan air secukupnya dalam periuk hingga mendidih. Masukkan sagu dan pewarna merah. Biar sagu tukar warna cair dan merah kerana pewarna tadi. Angkat, bersih dan toskan.

2. Didihkan 2 cawan air, masukkan daun pandan, gula melaka dan gula pasir. Gaul dan biar cair. Matikan api.

3. Dalam gelas tinggi, masukkan ais ketul, kemudian masukkan air gula melaka tadi. Lepas tu, masukkan sagu berwarna merah di atasnya. Tuang dengan susu cair secukupnya.

4. Air sagu gula melaka anda dah siap. Boleh buat berbuka puasa dah.

Haaa.. bila dah siap, ginilah jadinya. Tengok gambar step by step perubahan warna dia. Bila dah di bancuh semua sekali, warna last jadi pink la.. lepas tu minum masuk ke mulut.


Jadi tak macam tu? Kalau tak jadi jugak, anda memang tak ada bakat nak buat air sagu gula melaka. Jangan nangis tau.. buat lagi jangan patah semangat. Hehe..

Selamat mencuba!!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.