Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Carian Resepi Di Kisahresepi.Com Meningkat 2 Kali Ganda Dalam Bulan Ramadan

Carian Resepi Di Kisahresepi.Com Meningkat 2 Kali Ganda Dalam Bulan Ramadan. Alhamdulillah dan terimakasih kepada peminat resepi dan pembaca blog kisahresepi.com. Kami menyajikan lebih dari 350 resepi-resepi mudah untuk panduan semua terutamanya surirumah. Dalam bulan ramadan, carian resepi dalam blog ini meningkat 2 kali ganda daripada biasa.

Apa lagi menu atau resepi yang anda nak tahu? Yang mana lebih mudah, memasak dengan sukatan cawan atau gram? Itu semua terpulang kepada kita sendiri. Kalau anda dah biasa, anda akan tahu nak agak sesuatu sukatan dalam masakan tersebut. Betul tak??


Carian Resepi Di Kisahresepi.Com Meningkat 2 Kali Ganda Dalam Bulan Ramadan


Laporan yang saya print screen daripada htrps://who.amung.us/statistic pada hari pertama ramadan,  menunjukkan pada sesuatu masa ada lebih kurang 71 orang sedang online di blog kisahresepi.com.

Carian Resepi Di Kisahresepi.Com Meningkat 2 Kali Ganda Dalam Bulan Ramadan

Pada waktu biasa, carian resepi di blog sekitar 25 orang pada sesuatu masa. Tetapi dalam bulan puasa ni, carian meningkat dengan drastiknya sepertimana ditunjukkan dalam gambar di atas.

Nak tahu apa yang mereka cari di blog ini? Meh kita tengok gambar di bawah.

Antara carian yang hot adalah;

1. Resepi kuih lapis sedap lemak dan lembut sukatan cawan

2. 30 resepi menu berbuka puasa dan bersahur yang sedap

3. Koleksi aneka resepi kuih muih menu berbuka puasa


3. Ada juga yang cari resepi cara mudah buat apam balik sendiri.


5. Jangan lupa pula, ada yang nak tahu cara buat kuih sagu sukatan cawan

6. Yang cari cara buat jemput-jemput rangup dan ringkas pun ada..


Jika korang rasa ada lagi yang korang nak tahu resepi dan cara penyediaannya, boleh tinggalkan komen kat bawah. InsyaAllah, saya akan tambah baik pengisian blog ini dari semasa ke semasa.

Tetapi yang pasti, saya suka share masakan atau makanan yang mudah dan sedap dimakan. Haha.. sebab tu ada je resepi dari menu makanan yang sama akan saya share beberapa kali berdasarkan cara masak yang agak berbeza-beza.

Selamat melayari resepi di blog kecil ini. Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close