Harap segala bebelan kecil saya di atas tidak melemahkan semangat anda semua dari mengikuti coretan dalam blog resepi ini. Anggaplah ia sekadar coretan santai dan kisah makan santai kami yang tak seberapa.
Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza
Kali ni kami berbuka puasa style western pulak iaitu dengan memesan Domino Pizza delivery. Walau rumah dekat je dengan Domino, still nak order online. Entah.. rasa mudah pulak order dari rumah, tak perlu start kereta atau tunggu dalam tu..

Apa yang kami order?
Seperti dalam gambar, kami ada order 3 jenis pizza yang berlainan rasanya. Ada juga order air, hot & spicy ayam, roti cheese.


Kalau korang order online, ada juga kupon percuma yang akan diberikan. Cuma tambah dalam kotak kupon bila nak buat bayaran nanti.

Sekian lah saja kisah makan santai kami anak beranak yang berbuka dengan domino pizza. Anak-anak suka domino pizza berbanding pizza hut. Tapi saya dan En suami suka pizza hut pulak, biasalah.. citarasa orang kan berbeza.
0 Ulasan