Cara Buat Sambal Belacan Ala Sambal Ayam Penyet

Cara Buat Sambal Belacan Ala Sambal Ayam Penyet. Ada macam-macam sambal dalam dunia masakan melayu dan yang paling popular adalah sambal belacan. Sambal belacan ada bermacam versi dan boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Nak pedas, lebihkan cili, nak masam sikit perahkan lebih jus limau dan banyak lagi cara yang sesuai dan sedap.

Sambal belacan merupakan penyedap makanan bagi yang sukakan rasanya. Bagi saya pula, agak sederhana dalam hal ini. Cuma bila anak sulung yang sedang bercuti ni balik dari luar negara, dia dah rindu mintak saya masak macam-macam jenis sambal belacan. Haha.. Tak tau dah kenapa dengan sibujang sorang ni.. Rindu kut..

Gambar Resepi sambal belacan ala sambal belacan ayam penyet

Sambal belacan ala sambal ayam penyet, antara bahan utamanya adalah tomato. Tu ada yang panggil sambal tomato. Tengok gambar pun dah terliur kan. Anak kata sedap sangat!! Haha..

Gambar Resepi sambal belacan ala sambal belacan ayam penyet


Cara Buat Sambal Belacan Ala Sambal Ayam Penyet


Cara nak buat sambal belacan ala sambal ayam penyet punyalah mudah. Dan confirm jadi punya ya sayang-sayang sekalian..

Dah cuba sekali pasti buat lagi, haha



Bahan-bahan:

5 tangkai cili hidup
15 tangkai cili padi merah
1 biji bawang besar, saiz besar
1 inci belacan - kalau suka belacan boleh lebihkan
1 1/2 biji tomato saiz sederhana
Gula dan garam secukupnya

Cara penyediaan;


1. Goreng semua bahan seperti cili hidup, cili padi, bawang besar dan belacan. Goreng hingga layu.

2. Toskan sebentar.

3. Kisar hingga lumat bahan yang digoreng tadi bersama dengan tomato yang telah dipotong dadu.

4. Goreng semula sambal yang dah dikisar dengan minyak secukupnya. Tambahkan gula dan garam. Gaul rata. Biarkan sehingga sambal mendidih atau warna bertukar perang gelap.

5. Angkat dan boleh dimakan dengan nasi putih panas dan sebagainya.

Selamat mencuba.

Sambal belacan ala sambal ayam penyet ni boleh tahan lama sebab telah digoreng dulu sebelum di kisar. Bahan-bahan asas pun telah digoreng lagi sekali setelah dikisar. Jangan risau, okay..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.